Pertandingan Nadi E-Sukan Madani Legend -Mobile Legends (Peringkat Saringan Julai)

20 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Nadi E-Sukan Madani Legend -Mobile Legends (Peringkat Saringan Julai) dianjurkan sebagai platform untuk menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti e-sukan yang sihat dan berdaya saing. Program ini bertujuan mencungkil bakat peserta dalam bidang e-sukan di samping meningkatkan kemahiran seperti komunikasi, kerja berpasukan, pemikiran strategik, dan penyelesaian masalah. Selain itu, pertandingan ini dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti setempat, menggalakkan penggunaan teknologi digital secara positif, serta memberi peluang kepada peserta mewakili NADI ke peringkat negeri. Penganjuran program ini juga menyokong usaha NADI dalam memperkasakan literasi digital dan membudayakan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali